Thursday, June 4, 2009

BACAAN HURUF MAD

SILA LAYARI LAMAN WEB DI BAWAH INI :


NOTA TAJWID


HUKUM ALIF LAM DAN MAD

Alif Lam Qamariah
Apabila di atas huruf lam ada tanda sukun.

Alif Lam Syamsiah
Apabila di atas huruf lam tiada tanda sukun.

Mad
Bahasa : menambah / memanjangkan
Istilah : memanjangkan suara pada kadar 2 hingga 6 harkat pada huruf mad ( alif , waw, ya )


Mad Jaiz Munfasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Panjang bacaan 4 / 5 harkat

Mad Wajib Muttasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 4/5 harkat

Mad Lin
Apabila huruf waw atau ya bertanda sukun yang huruf sebelumnya berbaris atas, dan huruf selepasnya dibaca sukun kerana wasal.
Panjang bacaan 2, 4 atau 6 harkat

Mad Aridh Lis Sukun
Apabila bacaan diwaqafkan pada huruf akhir dan terdapat huruf mad sebelumnya.
Bacaan panjang 2, 4 atau 6 harkat

Mad Silah Qasirah
Apabila huruf ha tidak bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 2 harkat

Mad Silah Tawilah
Apabila huruf ha bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 4 atau 5 harkat

Mad Tamkin
Apabila terdapat dua huruf ya dalam 1 kalimah dengan ya pertama bersabdu dan ya kedua sukun

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Apabila huruf mad bertemu dengan huruf sukun dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 6 harkat

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
Apabila huruf mad bertemu huruf bersabdu dalam 1 kalimah
Kadar bacaan 6 harkat

QALQALAH

Qalqalah
Bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf Qalqalah disukunkan.

Qalqalah Sughra
Bunyi lantunan yang rendah sedikit pada huruf Qalqalah.

Qalqalah Kubra
Bunyi lantunan yang besar pada huruf Qalqalah yang diwaqafkan.



NUN MATI DAN TANWIN & MIM SAKINAH

Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf hija'iyyah akan menghasilkan 4 hukum tajwid
IZHAR HALQI / IKHFAK HAKIKI / IDGHAM MAALGHUNNAH / IDGHAM BILAGHUNNAH / IQLAB

Hukum Mim
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Hija'iyyah akan menerbitkan 3 hukum
IKHFAK SYAFAWI / IZHAR SYAFAWI / IDGHAM MISLAIN


Izhar Halqi
Apabila huruf nun bertanda sukun atau tanwin bertemu dengan 6 huruf Izhar.
Bacaan jelas dan terang
Iqlab
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf ba.
Ikhfak Hakiki
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 15 huruf Ikhfak
Bacaan dengung

Idgham Bighunnah/Maal Ghunnah
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan 4 huruf Idgham.
Bacaan dengung
Idgham Bila Ghunnah
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 2 huruf ( lam dan ra )
Bacaan jelas
Idgham Mislain/Mutamasilain
Apabila mim sukun bertemu dengan mim bersabdu
Bacaan dengung

Ikhfak Syafawi
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Ikhfak Syafawi ( ba )
Bacaan dengung


Izhar Syafawi
Apabila mim sukun bertemu dengan semua huruf kecuali mim dan ba.
Bacaan jelas dan nyata

sumber : www.e-latih.com
kembali ke atas



LAMAN UTAMA


2) http://lamanbestari.wordpress.com/category/kaedah-aslan-cepat-tajwid/

Konsep Asas Tajwid – 1 (panjang/pendek)
Februari 19, 2008
Salam Hormat!
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi datang lagi ke laman blog ini. Ayuh kita terus kepada huraian tajuk post ini. KONSEP ASAS TAJWID.
Ada berapa KONSEP ASAS TAJWID?
2
Apakah ia?
1- Panjang atau pendek.
2- Jelas atau dengung.
Apakah maksud panjang atau pendek?
i-Anda harus mengenal dan menguasi huruf Mad yang menjadi penyebab berlakunya bacaan panjang.
ii-Hurufnya 3 iaitu, Alif, Wau, Ya.
iii – Alif – keadaannya mati (sukun) sebelumnya huruf yang berbaris atas (fathah).
Wau – keadaannya mati (sukun) sebelumnya huruf yang berbaris depan (dhommah.)
Ya – keadaannya mati (sukun) sebelumnya hurufyang berbaris bawah (kasrah).
Ada cara yang mudah mengenal Keadaan Mad ni?
Ada – Dalam Quran Resm Uthmani, Alif, Wau, Ya yang mati itu tidak kelihatan sebarang tanda di atasnya. Kosong.
KESIMPULANNYA?
Ini bermakna = huruf mad yang kosong atasnya >>> adalah hukumnya MAD (panjang).
Mesti baca hanya = 2 Harkat.Tapi bukankah ada hukum 4,5,6 Harkat?
Ya. Itu jika ada tanda ( ~ ).
Bagaimana pula mad lin? Bukankah ada tanda sukun.
Memang. Huruf mad yang ada tanda mati maknanya mad lin lah. Kalau kosong= mad asli. Mad lin = 2,4,6. Mad asli = 2 sahaja.
Kalau Mad silah?
Asal mad silah ejaannya adalah mad asli jugak.
Kenapa Mad Aridh lis-Sukun tiada tanda ( ~ ) ?
Sebab tanda ( ~ ) hanya untuk 4,5,6. Sedangkan Mad Aridh lis-sukun boleh baca 2 juga.
Kalau Mad Lazim?
Mad lazim berbeza dengan Mad Aridh. Mad Lazim tak boleh baca 2 Harkat dan ada tanda ( ~ ).
Wallahu A’lam
Kita akan mengkaji KONSEP ASAS KE-2 pada masa yang lain. Semoga post kali ini dapat memberi manfaat. Anda kajilah betul-batul dan ambil masa memahamkan istilah mad-mad yang disebutkan. Jika anda serius, dalam 1 hari sahaja…. anda sudah faham dan hanya menunggu masa menguasi hukum Mad dalam Al-Quran!
*******************************************************************************
Kepada Allah saya pohon pahala (ilmu bermanfaat ini) disampaikan kepada arwah ibuku, arwah abangku dan juga keturunanku di alam penantian menuju akhirat. Amiin.



******************************************************************************
Kunjungi www.alhawa.wordpress.com dan www.attarannum.wordpress.com untuk merasai pengalaman baru mempelajari Al-Quran.

3) http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_weblog.asp?uid=78&PagePosition=2

.Al-Quran Online
Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota
info
Nama penuh
Laman web lainhttp://
Laman web kegemaran
Al-Quran
Dengar Alunan al-Quran
weblog • 26 • lihat arkib weblog
Selasa, 16 Mei 2006
Pelajaran 16
Alif ::: Alif Hamzah Washol (2)
Dalam pelajaran yang lalu, kita telah membincangkan cara-cara menampakkan fungsi AHW bagi kalimah isim makrifah. Isim makrifah dicam dengan melihat permulaan sesuatu kalimah iaitu dimulai dengan huruf alif (AHW) dan lam. Jika perbincangan tentangnya dikembangkan lagi (dalam bab alif-lam), kalimah isim makrifah terbahagi kepada dua hukum tajwid yang lain: (1) Alif Lam Qamariah. (2) Alif Lam Syamsyiah. (Perbincangan tentang kedua-dua alif lam ini tidak akan dipanjangkan di sini, buat masa ini.)
Sekarang mari kita lihat perbincangan 'menampakkan fungsi AHW bagi kalimah yang tergolong dalam kategori isim isyarah'. (Sila rujuk jenis-jenis kalimah yang mengandungi AHW dalam Pelajaran 15). Bagi isim isyarah kaedahnya sama sahaja iaitu meletakkan baris fathah ketika memulakan (ibtida') bacaan dengan kalimah tersebut. Contoh yang ditunjukkan di bawah membincangkan kedua-dua kaedah pembacaan bergantung kepada kedudukan kalimah isim isyarah di dalam sesuatu ayat.
Bagi contoh (a) dan (b), kalimah-kalimah isim isyarah (yang bergaris) terletak di permulaan ayat. Maka bacaannya menjadi (a) Alladziina (b) Allatii, manakala contoh (c) dan (d) merujuk kepada kalimah isim isyarah di pertengahan ayat. Apabila berada di pertengahan ayat dan bacaannya dalam keadaan washol (disambung dari kalimah sebelumnya), fungsi AHW ditiadakan. Maka bacaan bagi (c) illal-laaaii, dan (d) huwal-ladzii; masing-masing.
Terma-terma seperti AHW, menampakkan fungsi AHW dan jenis kalimah yang mengandungi huruf AHW boleh dirujuk dalam Pelajaran 15. Sila klik ikon weblog di sebelah kiri laman ini.
Disumbangkan pada 10:04:10 PM • Lihat komen (0) / Tambah komen

Rabu, 10 Mei 2006
Pelajaran 15
Alif ::: Alif Hamzah Washol (1)
Alif Hamzah Washol (AHW) ialah huruf alif yang bertanda kepala shaad.
Huruf AHW ditemui dalam al-Quran pada tiga tempat sama ada pada kalimah yang menunjukkan perkataan itu merupakan
(i) Isim Makrifah
(ii) Isim Isyarah
(iii) fiil Amar.
Isim Makrifah ialah kata nama khas yang dimulai dengan huruf 'alif' dan 'lam' seperti kalimah Alhamdu dalam ayat 2 surah al-Fatihah. Manakala isim isyarah ialah kata nama rujukan yang bermaksud 'orang yang' seperti Alladzi, allati, Allaa-i, dll. Dan kalimah fiil amar merupakan kata perintah yang terbit daripada perkataan asas kata kerja. Secara umum, huruf AHW hanya dinampakkan fungsinya apabila mengibdakkan (memulakan) bacaan pada kalimah yang mempunyai AHW. Menampakkan fungsi bermaksud membariskan huruf AHW ketika membaca. Sebaliknya apabila bacaan dibaca secara sambung, fungsi itu dinafikan seolah-olah huruf AHW tidak wujud.
Dalam pelajaran ini, perbincangan akan ditumpukan kepada cara membaca kalimah isim makrifah.
Apabila bacaan
(i.a) diibdak (dimulakan) dengan kalimah ini, secara automatik huruf AHW ditanda dengan baris fathah seperti contoh kalimah al-hamdu. Makanyanya apabila memulakan ayat kedua ini (tanpa menyambung dari ayat 1) bacaannya menjadi alhamdu bukan ilhamdu atau ulhumdu.
(i.b) disambung dari ayat sebelumnya, secara automatik fungsinya dihilangkan. Bacaannya menjadi (dengan mengambil contoh lengkap ayat 1 dan 2 surah al-Fatihah) - 'Bismillaahirrahmaanirrahiimilhamdulillaahi.......'. Perhatian: Di sini bunyi huruf miim yang bertanda katsrah dimasukkan secara terus ke dalam huruf lam mati pada kalimah al-Hamdu. Kebanyakan orang yang tidak faham kaedah ini akan membaca 'Bismillaahirrahmaanirrahiimi-alhamdulillaahi.....' dan bacaan seperti kurang tepat.
Ayat 1 & 2 al-Fatihah.
Disumbangkan pada 8:11:33 AM • Lihat komen (7) / Tambah komen

Ahad, 7 Mei 2006
Pelajaran 14
Alif :: Bab Alif Hamzah Qatho'
Dalam al-Quran terdapat dua jenis Alif yang utama iaitu
i. Alif Hamzah qatho' (ejaan qatho' ialah qaaf-thaa'-'ain)
ii. Alif Hamzah Washol (ejaan washol ialah wau-shaad-lam)
Alif Hamzah Qatho'. Kalimah qatho' atau qat-'ie bermaksud tetap iaitu perkara yang sudah tidak boleh dipersoalkan seperti hukum-hakam Islam yang tetap. Qatho' dalam ilmu tajwid merujuk kepada huruf alif yang berbaris tunggal sama ada fathah (baris di atas), katsroh (baris di bawah), dhommah (baris di hadapan) atau tanwin (baris dua).
Membaca kalimah yang mempunyai alif hamzah qatho' ialah dengan cara membunyikan bacaan dengan jelas mengikut baris yang terdapat padanya tanpa mengubah fungsi baris.
i.a. Membunyikan alif hamzah qatho' yang berbaris tunggal.
Baris Fathah bunyinya - 'a', Katsroh - 'i' atau sama seperti anda menyebut huruf 'e'. Manakala dhommah - 'u', sebut 'u' seperti sebutan baku perkataan 'ulat'.
i.b. Membunyikan alif hamzah qatho' yang bertanda tanwin.
Baris Fathataini (baris dua di atas) - bunyinya 'an'. Baris Katsrataini (baris dua di bawah) - bunyinya 'in'. Manakala dhommataini (baris dua di hadapan) 'un' seperti anda menyebut perkataan Inggeris own.
Perkara yang perlu diperhatikan oleh pembaca al-Quran. Kebanyakan orang mengambil mudah sehingga melupuskan fungsi alif hamzah qatho' terutama apabila kalimah tersebut mengandungi dua alif hamzah qatho' secara berjujukan. Contohnya kalimah-kalimah
Dalam kalimah ini, sebutan setiap alif yang bertanda mestilah jelas. Meninggalkan salah satu sebutan pada mana-mana huruf sama ada huruf yang pertama atau kedua akan merosakkan makna ayat. Dalam contoh yang dinyatakan ini, alif hamzah qatho' yang pertama membawa makna persoalan hal atau 'adakah', 'apakah'.
Dalam siri akan datang kita akan membincangkan pula huruf alif hamzah washol, insyaAllah.
Disumbangkan pada 9:06:42 AM • Lihat komen (0) / Tambah komen

Khamis, 20 April 2006
Pelajaran 13
Ayat 11 surah Yusuf juga mempunyai tanda rombus pada kalimah ta'-mannaa.
Asal perkataan ini ialah ta'manuuna yang bermaksud mempercayai kami. Dalam sirah Nabi Yusuf, diceritakan Allah bahawa sebelum saudara-saudara baginda merancang untuk melenyapkan nabi Yusuf kerana perasaan dengki. Mereka mendapati kasih sayang nabi Yaakub alaihissalam lebih mendalam kepada nabi Yusuf. Justeru syaitan menghasut mereka supaya disingkirkan nabi Yusuf dari rumah. Ketika meminta keizinan membawa keluar bersiar-siar, nabi Allah Yaakub tidak bersetuju, berat hatinya melepaskan pergi kerana sangsi dengan perlakuan anak-anaknya yang lain. Walhal sebelum itu nabi Yusuf telah menceritakan mimpi baginda melihat matahari, bulan dan sepuluh matahari sujud (tunduk hormat) kepada baginda. Keadaan ini menyebabkan nabi Yaakub amat berhati-hati dengan pergerakan nabi Yusuf kerana dia tahu syaitan akan membuat perancangan yang buruk terhadap nabi Yusuf.
Apabila permohonan membawa keluar nabi Yusuf, nabi Yaakub amat berat melepaskannya. Sehingga tiba saat-saat abang-abang nabi Yusuf mencebik (memuncung) bibir kepada ayah mereka nabi Yaakub. Bacaan pada kalimah ta'mannaa disebut dalam al-Quran sebagai bacaan Isymam. Bacaan dengan cara memuncungkan bibir sebagai mengambil iktibar terhadap perlakuan biadap saudara kandung nabi Yusuf kepada nabi Yaakub. Betapa al-Quran memiliki seni bacaan yang tersendiri.
(1) Cuba sebut...... ta' manuunaa (disebut dengan memuncungkan mulut apabila sampai pada suku-kata 'nuu').
(2) Kemudian sebut pula ........ ta'mannaa.
Jika disebut secara biasa-biasa, bibir kita berada pada kedudukan biasa, iaitu dalam keadaan kedua-dua bibir tidak berkatup dan leper. Bacaan Isymam dibuat dengan memuncungkan bibir ketika menyebut suku-kata 'mannaa'.
Nota: Disebabkan darihal teknik ini amat sukar untuk diterangkan dengan perkataan, saya mengalami kesukaran untuk mencoret Pelajaran ke-13 ini. Diharap saudara saudari dapat merujuk kepada guru al-Quran untuk mendapat tunjuk ajar (secara talaqqi). Pelajaran ini cukuplah sekadar bagi anda mengetahui jenis bacaan pada kalimah ta'mannaa seperti yang digariskan oleh Imam 'Ashim.
Disumbangkan pada 1:07:16 PM • Lihat komen (4) / Tambah komen

Sabtu, 8 April 2006
Pelajaran 12
Kita masih lagi dalam perbincangan tanda-tanda dalam al-Quran. Kita mungkin akan bertemu satu tanda rombus pada dua tempat di dalam al-Quran. Tanda ini dapat ditemui dalam ayat 41 surah Hud dan 11 surah Yusuf.
Tanda seperti ini mempunyai makna tersendiri. Walaupun tandanya sama, namun bacaannya berbeza. Istilah yang diguna untuk menyebut kalimah "majreeha" dalam ayat 41 surah Hud ialah bacaan Imaalah. Bacaan yang lazim didengar di Malaysia dipanggil bacaan Lafzu al-'Ashim kerana kita mengikut bacaan (qiraat) yang dibaca oleh imam 'Ashim.
Jika kita mengikuti perkembangan Majlis Tilawah Al-Quran, kita mungkin mendengar gaya pembacaan yang berbeza. Hal ini kerana al-Quran boleh dibaca dengan tujuh cara. Istilah yang merujuk kepada tujuh cara pembacaan ialah Qiraat Sab'ah yang dipelopori oleh imam-imam: (1) Imam Nafi' (2) Ibnu Amr (3) Ibnu Kathir (4) Ibnu Amir, (5) Imam 'Ashim (6) Imam Hamzah dan (7) Imam al-Kisai
Imaalah ialah menyebut bunyi dengan secara leweh. Iaitu jika kita biasa menyebut kalimah 'alaa sebagai 'a-laa. Apabila dilewehkan bacaan ia ('alaa) menjadi 'a-lee. Dan bagaimana dapat dijelaskan lagi sebutan 'alee itu tanpa anda mendengarnya? Begini........
Jika kita mendengar orang Kelantan bercakap, apabila sesuatu perkataan yang berakhir dengan huruf 'n' akan disebut dengan stail yang tersendiri. Contohnya Roslan akan disebut 'Rosley' (sila sebut seperti mana orang Kelantan sebut). Sedar tidak sedar, sebenarnya dialek Kelantan merupakan sebahagian daripada gaya penuturan yang dilewehkan.
Berbalik kepada perbincangan tentang bacaan Imaalah dalam ayat 41 surah Hud. Jika bacaan biasa, 'ro fathah' dibaca 'roo' (dua harakat). Maka bacaan imaalah menjadikan kalimah ini dibaca dengan bunyi "majreeha" iaitu suku kata 'ree' dibaca dengan panjang dua harakat dan disebut sebagai mana kita menyebut perkataan 'rehat'.
Maknanya kalimah "majreeha" ('ree' dibaca dengan kadar dua harakat) menurut imam 'Ashim sebagai pengecualian daripada cara penyebutan biasa yang digariskan oleh beliau.
---------------------
Pelajaran ke-13, kita akan membincangkan satu lagi istilah pembacaan yang lain yang terdapat dalam ayat 11 surah Yusuf. InsyaAllah.
Disumbangkan pada 9:00:43 AM • Lihat komen (2) / Tambah komen

Selasa, 4 April 2006
Pelajaran ke-11
Kalimah 'lisyai-in' atau 'miatin' seperti yang terdapat dalam surah al-Kahfi ditulis dengan memasukkan huruf alif hazaf.
Dalam hal seperti ini, huruf alif hazaf tidak terletak di akhir kalimah yang lengkap seperti contoh dalam pelajaran 10.
Maka pembacaannya mestilah terus iaitu tidak boleh diwakafkan pada huruf tersebut untuk menampakkan fungsinya
seperti yang boleh dibaca pada kalimah 'qawaariira' dalam surah al-Insaan.
Hal ini bermakna, kalimah-kalimah yang mengandungi huruf alif hazaf terdiri daripada dua jenis iaitu pada:
(i) akhir kalimah
(ii) di tengah kalimah.
Bagi jenis (i), fungsi alif dinasakhkan (dimansuhkan) atau sebaliknya bergantung kepada cara pembacaan kita. Sekiranya
dibaca secara washol, alif tersebut dinasakhkan fungsinya. Jika dibaca secara waqaf, alif tersebut berfugsi sebagai huruf mad
yang memberikan hukum mad asli. (Kita telah melihatnya dalam pelajaran 10 untuk contoh ini) Manakala bagi jenis (ii) bacaan
mestilah disambung seolah-olah kalimah itu pada asalnya ditulis tanpa kewujudan huruf alif hazaf tersebut. Bermakna tidak
berhenti melainkan menyebut kalimah tersebut sepenuhnya. Satu contoh ditunjukkan di sini, ayat 23 surah al-Kahfi.
Apakah ada juga huruf 'ya' hazaf?
Jawabnya ya hazaf tidak wujud.
RALAT: Dalam catatan asal pelajaran 10, disebutkan tanda shifr juga wujud pada huruf 'ya'. Editor memohon maaf di atas ralat yang
berlaku. Namun, ralat tersebut telah diperbetulkan.
Disumbangkan pada 1:58:39 PM • Lihat komen (2) / Tambah komen

Khamis, 30 Mac 2006
Pelajaran kesepuluh.
Kali ini mari kita lihat tanda ‘shifr’ di dalam al-Quran. Dalam bahasa Melayu, ‘shifr’ bermakna sifar.
Tanda ‘shifr’ ialah ‘o’, biasanya ditemui di atas huruf alif dan wau.

Pertama, sekiranya tanda ‘shifr’ berada pada huruf alif, bacaannya boleh dibaca dengan dua cara mengikut keadaan (i) washol (sambung) dan (ii) waqaf (berhenti).

(i) Bacaan washol.
Huruf alif dihazafkan (dimansuhkan) fungsinya dan panjang bacaan satu harakat seolah-olah tiada huruf alif yang menjadikannya seperti hokum mad asli.

(ii) Bacaan waqaf.
Sekiranya kita berhenti pada kalimah yang hurufnya berakhir dengan huruf alif bertanda ‘shifr’ ini, maka bacaannya menjadi dua harakat, iaitu alif tersebut berfungsi sebagaimana fungsi alif yang membentuk hukum mad asli.

Contoh 1:

Dalam contoh di atas, pada ayat 15, kalimah ‘qawaarira’ dibaca dengan kadar dua harakat (iaitu ‘qawaariiraa’) sekiranya kita membaca secara waqaf. Sebaliknya jika ayat 15 dibaca secara washol, kalimah ‘qawariira’ dalam dibaca dengan kadar satu harakat (iaitu ‘qawaariira’).
Begitu juga halnya dengan kalimah yang sama dalam ayat 16.


Contoh 2:

Seterusnya mari kita lihat keadaan-keadaan yang biasanya terdapat pada kalimah ’ana’. Jika kalimah ana yang bermaksud saya seperti di dalam ayat 4 surah al-Kaafiruun ini, kadar bacaannya ialah satu harakat (iaitu ana-’aabidun) sebaliknya jika diwaqafkan pada kalimah ana, bacaan ana dibaca dengan kadar dua harakat (iaitu anaa).


Kedua, sekiranya tanda ‘shifr’ berada pada huruf wau

Keadaan bacaan sama seperti keadaan (i) (tetapi di sini huruf wau dihazafkan) di atas kerana tidak ada kalimah yang berakhir dengan huruf wau. Biasanya bagi kalimah yang mengandungi huruf wau yang bertanda ‘shifr’ terletak pada awal-awal kalimah seperti contoh yang ditunjukkan.

Contoh 3:



Disumbangkan pada 5:17:55 PM • Lihat komen (1) / Tambah komen

Isnin, 27 Mac 2006
Pelajaran 9
Dalam pelajaran 8, telah diterangkan tentang penandaan 'wau' dan 'ya' kecil sebagai pengecaman kepada hukum mad shilah. Walhal dinyatakan tanpa meletakkan tanda tersebut, hukum tajwid pada kalimah yang berakhir dengan 'ha marbuthoh' masih boleh dikenal pasti. Perlu disedari, pemabaca al-Quran bukanlah semua yang mahir Bahasa Arab. Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia ditatap dan dibaca oleh seluruh umat Islam yang berbagai ras. Tentulah tidak adil kepada mereka yang bukan berbangsa Arab untuk memperoleh peluang membaca al-Quran dengan betul. Bagaimana pengecaman untuk mengetahui sama ada kalimah yang mengandungi 'ha marbuthah' dibaca mengikut hukum tajwid mad shilah?Sekiranya huruf sebelum 'ha marbuthoh' dalam kalimah tersebut mempunyai baris sama ada fathah, katsroh atau dhommah. Namun begitu, memandangkan terdapat juga kalimah yang berakhir dengan 'ha marbuthoh' tidak mewakili 'ha dhamir' seperti ayat 91 surah Hud. Kalimah nafqahu, sebutan 'hu' dibaca dengan satu harakat kerana 'ha marbuthoh' dalam kalimah itu merupakan salah satu huruf daripada perkataan itu sendiri. Maka dapatlah kita lihat di sini bagaimana penulisan resam Uthmani ditulis bagi memudahkan pembaca al-Quran membaca dengan betul. Sampai di sini, kita telah faham mengapa diletakkan tanda 'wau' dan 'ya' kecil untuk memudahkan mengenal pasti apakah di situ terdapat hukum tajwid mad shilah atau sebaliknya.

--------------------------Kemudian mari kita lihat pula contoh tandaan 'wau' dan 'ya' kecil yang menunjukkan hukum mad asli (thobi'ie). Contohnya, pada kalimah 'walwuuna' ayat 78, 'talwuuna' ayat 153, atau kalimah 'yuhyii' ayat 156 surah Aali-'Imran.
Kalimah-kalimah yang ditunjukkan di atas dan seumpamanya mestilah dibaca dengan dua harakat iaitu menepati kaedah panjang bacaan mad asli.

Disumbangkan pada 9:41:50 AM • Lihat komen (3) / Tambah komen

Jumaat, 24 Mac 2006
Pelajaran 8
Tanda Wau dan Ya kecil.
Dalam pelajaran 7 yang lalu, dinyatakan tulisan al-Quran di dalam cetakan lama tidak menggunakan penandaan alif kecil sebagai tanda mad. Iaitu sesuatu huruf yang bersambung dengan alif biasanya ditulis secara biasa, manakala gaya penulisan mushaf Uthmani menggunakan tanda alif kecil sebagi tanda mad. Di dalam contoh kalimah maaliki dalam pelajaran 7, hukum tajwid yang terdapat padanya adalah mad asli. Dalam contoh tersebut, dikatakan mad asli kerana sebelum alif mati ada huruf yang berbaris di atas. Maka panjang bacaannya dua harakat.
Hukum mad pada alif kecil ini bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu, dan hukum tajwidnya terbahagi kepada beberapa jenis.
Jika ditanya kepada kita, apakah hukum mad yang ada di dalam al-Quran? Secara umum, mad terbahagi kepada dua iaitu mad asli (atau mad thobi'ie) dan mad far'ie (iaitu terbitan daripada huruf mad asli yang terbahagi pula kepada 13 jenis).
Namun begitu, perlu disedari oleh kita, di dalam mushaf Uthmani, kalimah Allah (lafzu al-Jalalah) ditulis tanpa diletakkan tanda alif kecil padanya. Ini adalah kes istimewa dengan anggapan pembaca faham dan sedar bahawa lafzu al-Jalalah mesti dibaca dengan dua harakat. Sila rujuk kalimah Allah seperti dalam contoh ayat 152 surah Aali-'Imran. Ada orang yang terkeliru dengan perkara ini, membaca kalimah Allah dengan satu harakat terutama apabila disambungkan huruf 'ha' yang terakhir dengan 'mim' (iaitu Allahumma).
Sila lihat contoh ayat 26, surah Aali-'Imran.

-----------------------
Huruf wau dan ya kecil juga seperti alif kecil yang menunjukkan hukum mad asli atau terbitan daripada mad asli mengikut keadaan tertentu.
Namun begitu, gaya penulisan resam mushaf Uthmani juga memudahkan seseorang pembaca mengecam tempat yang mesti dibaca secara panjang atau pendek terutama pada kalimah yang mempunyai huruf 'ha dhamir'. Huruf 'ha dhamir' ialah 'ha' simpul (marbuthoh) sebagai ganti nama diri yang bermaksud nya. Meski jika tidak diletakkan tanda wau atau ya kecil selepas huruf 'ha dhamir' itu, seseorang yang mahir dalam al-Quran masih dapat membezakan panjang bacaaannya (sama ada membaca dengan satu, dua, empat atau enam harakat).
Dalam contoh yang dinyatakan di bawah, terdapat dua-dua contoh yang melibatkan hukum tajwid berkaitan 'ha dhamir'. Pengecamannya dipermudahkan dengan meletakkan tanda 'wau' dan 'ya' kecil selepas huruf 'ha dhamir' tersebut. Jika 'ha dhamir' berbaris di bawah (kastroh) maka tanda wau kecil menyusul selepasnya. Jika 'ha dhamir' berbaris di hadapan (dhommah) maka ya kecil menyusul selepasnya.

Pertama, apabila 'ha dhamir' bertemu dengan alif, hukum tajwidnya ialah mad shilah Thowilah. Panjang bacaan empat hingga enam harakat.
Kedua, apabila 'ha dhamir' bertemu dengan selain daripada huruf alif, hukum tajwidnya ialah mad shilah qashirah. Panjang bacaan dua harakat.
Disumbangkan pada 7:55:55 AM • Lihat komen (3) / Tambah komen

Rabu, 22 Mac 2006
Pelajaran 7.

Tanda alif kecil.

Ketiga-tiga tanda ini merujuk kepada tanda untuk memudahkan pembaca mengecam bacaan panjang atau pendek. Bayangkan jika al-Quran yang mula-mula disalin oleh sahabat nabi tidak mempunyai titik dan baris, mereka masih boleh membaca dengan betul. Sebenarnya al-Quran yang kita tatap hari ini telah ditulis sebegitu rupa dengan menambah titik dan baris semata-mata bagi memudahkan kita membacanya.

Tanda alif kecil atau dikenal sebagai alif fathah (atau dieja dengan “alif di atas bunyinya ‘aa’ “ – cara Pengajian lama di kampung) menunjukkan kalimah yang mempunyai huruf alif kecil ini mesti dibaca dengan kadar dua alif.
Contohnya seperti ayat di bawah.

Kalimah maaliki dibaca dengan kadar dua harakat mengikut Imam Hafs, iaitu imam Qiraat yang dirujuk oleh kebanyakan umat Islam.

Dalam hal ini jika kita merujuk kepada al-Quran tulisan mushaf lain seperti quran ‘Majiid’, iaitu tulisan lama – kalimah maaliki ditulis dengan memisahkan mim-alif dan lam-kaf. Dengan kata lain huruf alif ditulis bersambung dengan huruf miim yang sebelumnya, seperti di bawah ini.



Latihan 1
1. Nyatakan huruf-huruf mad yang telah anda pelajari?
2. Berikan 5 contoh huruf yang bersambung dengan huruf mad?
3. Apakah fungsi huruf-huruf mad?
4. Senaraikan 10 kalimah bacaan panjang , dan kalimah bacaan pendek yang anda ketahui .




2 comments:

  1. CONTOH AYAT TAKDER KE!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustaz.boleh terangkan macam mana nak kenali alif ziadah dan penerangan huruf istilah yg di baca dgn tebal dan bacaan dgn nipis betul ke bunyinya huruf istibal.tak sure.terima kasih.

    ReplyDelete